Delhi didenda tribunal pemantau pencemaran India


Laman web Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Delhi menunjukkan bacaan udara merbahaya mencecah 290 pada Selasa - hampir 12 kali ganda melebihi had keselamatan Pertubuhan Kesihatan Dunia. – Gambar EPA, 4 Disember, 2018.

BADAN pemantau alam sekitar India mendenda kerajaan New Delhi sebanyak $3.5 juta kerana gagal menguatkuasakan undang-undang mengurangkan asap di bandar yang paling tercemar di dunia itu, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Denda yang dikenakan oleh Tribunal Hijau Kebangsaan India (NGT) kerana kurangnya pemantauan sehingga beberapa industri masih membakar sisa berbahaya di tempat terbuka.

Tribunal itu telah mendengar rayuan penduduk Delhi yang mengadu mengenai kilang-kilang yang melanggar undang-undang berkenaan pembakaran sampah.

Setiap kali musin sejuk, Delhi akan mengalami jerebu yang sangat teruk.

Dianggarkan 1.1 juta rakyat India mati akibat pencemaran udara setiap tahun.

Laman web Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Delhi menunjukkan bacaan udara merbahaya mencecah 290 pada Selasa - hampir 12 kali ganda melebihi had keselamatan Pertubuhan Kesihatan Dunia. 

Delhi yang menutup loji janakuasa dan melarang kenderaan berat memasuki bandaraya itu menuduh negeri lain tidak sama berusaha mengekang pencemaran udara. – AFP, 4 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen