MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho dan empat yang lain berhubung pertuduhan jenayah berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pertuduhan terhadap lima tertuduh – Low, Tang Keng Chee, Loo Ai Swan, Geh Choh Heng dan Tan Kim Loong – difailkan tanpa kehadiran di Mahkamah Sesyen hari ini tetapi tidak dibacakan di mahkamah terbuka.
Pada Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan gambar Tang, Loo, Geh dan Tan bagi membantu siasatan 1MDB.
Semua empat individu terbabit sudah lama berada dalam senarai orang dikehendaki oleh SPRM.
Pada asalnya, dipercayai Tan ialah nama yang digunakan oleh Low untuk transaksi perniagaannya di Singapura.
Identitinya sering menjadi subjek spekulasi kerana bank di republik itu tidak pernah melihatnya walaupun berkomunikasi dengannya menerusi e-mel dan saluran lain.
Turut menggunakan nama Eric Tan, beliau dipercayai menjadi individu utama dalam skandal 1MDB kerana dikenal pasti sebagai penandatangan untuk beberapa akaun bank di RBS Coutts dan Falcon Bank di Singapura di mana akaun 1MDB digubah secara haram.
Menurut laporan itu, Tan yang sering mewakili Low dalam semua transaksi perbankannya membabitkan berbilion ringgit daripada 1MDB, ialah rakan kepada keluarganya dan rakan kongsi perniagaan kepada adik-beradik Jho Low.
Beliau pemegang saham dalam beberapa syarikat di Malaysia dan Singapura dan menjalankan perniagaan dengan saudara Low sebelum menjadi orang kepercayaan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu. – 4 Disember, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen