500,000 dijangka hadir himpun bantah ICERD, kata pemimpin Umno


Asila Jalil

KIRA-KIRA setengah juta orang dijangka hadir pada perhimpunan Sabtu ini untuk menentang Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata parti itu menganggarkan kira-kira 200,000 penyokongnya akan muncul, manakala PAS pula lebih 300,000 penyokong.

“Jadi, kita jangka 500,000 orang akan berkumpul dengan memakai baju putih. Kuala Lumpur akan ‘diputihkan’, kami akan menjadikannya putih pada 8 haribulan,” kata ahli Parlimen Pasir Salak itu kepada pemberita di Parlimen hari ini. – 4 Disember, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen