PRESIDEN Donald Trump dan isteri Melania Trump memberi penghormatan terakhir kepada mendiang presiden George H.W. Bush di Washington hari ini.
Pasangan itu membuat kunjungan ringkas ke ibu kota Amerika Syarikat (AS), di mana Bush akan diberikan pengebumian negara sebagai menghargai presiden ke-41 negara itu.
Upacara keagamaan akan turut diadakan di gereja negara di Washington esok – dalam acara pengebumian presiden yang pertama sejak kematian Gerald Ford pada 2006.
Trump yang sering tidak sependapat dengan keluarga Bush – mengisytiharkan Rabu sebagai hari pelepasan negara untuk berkabung, dan dijadualkan menghadiri pengebumian itu.
“Akan bersama dengan keluarga Bush untuk memberikan penghormatan terakhir kepada presiden George H.W. Bush,” katanya di Twitter.
Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun di kediamannya di Houston. – AFP, 4 Disember, 2018.
Komen