MAJLIS Keselamatan PBB akan bertemu secara tertutup hari ini atas permintaan Perancis dan Britain selepas kedua-dua negara itu menuduh Iran melakukan ujian menembak dan padang sasar senjata pada minggu lalu, kata diplomat.
Amerika Syarikat (AS) berkata pelancaran senjata pada Sabtu itu melanggar resolusi PBB yang mewartakan urus niaga nuklear Iran pada 2015, di mana Washington menarik diri.
Resolusi itu mendesak Iran menghentikan ujian senjata yang mampu membawa senjata nuklear.
Perancis berkata ia bimbang dengan ujian menembak itu di mana kementerian luar menggambarkan ia sebagai “provokatif dan menyebabkan ketidakstabilan” dan tidak selari dengan resolusi PBB 2231 berhubung urusan Iran.
Iran selama ini mempertahankan bahawa program senjatanya hanya untuk pertahanan dan bukan bermatlamat untuk penghantaran senjata nuklear, satu pendirian yang disokong oleh Rusia di Majlis Keselamatan. – AFP, 4 Disember, 2018.
Komen