WAKIL Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ke Yaman dijadualkan tiba di ibu negara yang dikawal pemberontak Isnin, kata sumber PBB, selepas tekanan memuncak bagi menggesa lapanga terbang antarabangsa Sanaa dibuka semula selepas tiga tahun ditutup.
Duta Martin Griffiths dijangka akan mengadakan rundingan dengan pemberontak Huthi Yaman di Sanaa, kata sumber PBB kepada AFP yang enggan identitinya didedahkan, menjelang rundingan yang akan diadakan di Sweden bulan ini bagi menamatkan onflik yang berlarutan di negara arab termiskin itu.
Pakatan tentera yang diketuai ArabSaudi dan kerajaan Yaman membantah pengumuman kebenaran untuk memindahkan pemberontak Huthi yang cedera menerusi pesawat PBB pada Isnin.
Keputusan itu merupakan kunci kepada permulaan rundingan yang tertangguh, ketika kuasa dunia menggesa konflik yang membawa Yaman ke ambang kebuluran dihentikan.
Sumber PBB memberitahu AFP, pembukaan semula apangan terbang antarabangsa Sanaa, yang dikawal pemberontak dan sebahagian besarnya musnah akibat serangan udara yang diketuai Arab Saudi, merupakan keutamaan pada rundingan damai yang dirancang.
Arab Saudi dan sekutunya mengawal sempadan laut dan ruang udara Yaman serta menyekat kemasukan import ke negara itu, yang mana PBB memberi amaran kira-kira 14 juta orang berisiko berdepan kebuluran.
Sekutu itu menuduh pemberontak Huthi menyeludup senjata api dari Iran menerusi lapangan terbang Sanaa dan kebanyakan pelabuhan Yaman. – AFP, 3 Disember, 2018
Komen