Warga Australia antara ratusan aktivis Papua ditahan di Indonesia 


Perhimpunan pada 1 Disember di Jakarta yang dianggap oleh kebanyakan masyarakat Papua sebagai hari ulang tahun kemerdekaan mereka dari Belanda.– Gambar EPA, 3 Disember, 2018

WARGA Australia merupakan antara ratusan aktivis pro-pembebasan Papua yang ditahan di seluruh hujung minggu lalu, kata polis dan kumpulan hak asasi pada Isnin. 

Kira-kira 233 aktivis, termasuk rakyat Australia Ronda Amy Harman, ditahan pada Sabtu di Surabaya, kata jurucakap polis Timur Jawa Frans Barung Mangera keapa AFP. 

Penahanan itu dibuat di asrama pelajar, kata peguam Veronica Koman, yang mewakili beberapa tahanan. 

Lebih 500 aktivis ditahan dalam operasi polis di seluruh negara berhubung perhimpunan pada 1 Disember, yang dianggap oleh kebanyakan masyarakat Papua sebagai hari ulang tahun kemerdekaan mereka dari Belanda.

Papua mengisytiharkan negaranya sebagai merdeka pada tarikh berkenaan pada tahun 1961, namun negara Indonesia mengambil alih wilayah itu secara paksa pada 1963

Ia secara rasmi mengambil alih Papua pada tahun 1969 dengan undi yang disokong oleh PBB, yang dilihat secara luas sebagai satu penipuan. – AFP, 3 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen