Bank terbesar Australia bocorkan maklumat perubatan pelanggan


Bank Komanwel Australia (CBA) telah menyedari kesilapan itu pada Julai ketika mereka bersiap sedia untuk menjual komponen perniagaan insurans pada harga AS$2.7 bilion. – Gambar AFP, 3 Disember, 2018.

MAKLUMAT peribadi perubatan sejumlah pelanggan Commonwealth Bank Insurance (CommInsure) telah didedahkan kepada pekerjanya dari cawangan tidak berkaitan syarikat itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Siasatan badan penyiar Australian Broadcasting Corporation (ABC) menunjukkan bahawa Bank Komanwel Australia (CBA) telah menyedari kesilapan itu pada Julai ketika mereka bersiap sedia untuk menjual komponen perniagaan insurans pada harga AS$2.7 bilion.

“Kami telah mengenal pasti bahawa beberapa sistem dalaman meluas kumpulan turut memiliki akses kepada sistem dan data berkaitan CommInsure,” menurut kenyataan CBA.

Bagaimanapun, bank itu berkata ia masih tidak jelas bagaimana ramai orang terjejas dan sama ada maklumat terbabit sememangnya telah diakses oleh kakitangan cawangan tidak berkaitan syarikat itu.

Menurut CBA, ia sedang menyiasat isu itu dan telah memaklumkan badan kawal selia berkaitan.

“Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan akan khuatir mengenai akses dalaman yang dikongsi ini dan kami sedang mengambil langkah untuk memastikan akses kepada semua maklumat sensitif yang berkaitan dengan CommInsure disediakan atas dasar keperluan untuk mengetahui,” kata seorang jurucakap CBA. – Bernama, 3 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen