TENTERA pakatan Teluk diketuai Arab Saudi berkata pesawat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan tiba hari ini di Sanaa bagi memindahkan 50 pemberontak Houthi yang cedera ke Muscat sebagai langkah membina keyakinan menjelang rundingan damai.
“Pesawat sewa PBB akan tiba di lapangan terbang antarabangsa Sanaa hari ini untuk memindahkan 50 pemberontak yang cedera, tiga doktor Yaman dan seorang doktor PBB,” kata jurucakap tentera pakatan dalam kenyataan yang disiarkan Saudi Press Agensi (SPA).
Insiden pemberontak cedera itu menjadi penghalang kepada permulaan rundingan damai pada September.
Pemberontak Huthi pada Khamis berkata mereka akan hadir rundingan damai yang diusahakan oleh PBB di Sweden minggu ini jika diberi jaminan mereka dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
Kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa dan mendapat sokongan gabungan diketuai Arab Saudi, berkata ia akan menghadiri rundingan di Sweden itu. – AFP, 3 Disember, 2018.
Komen