PENGASAS Playboy Hugh Hefner memilih gaya hidup hedonistik, di samping memiliki sebilangan “teman wanita” dan sering mengadakan pesta mewah di rumah legenda ketika hidupnya.
Bagaimanapun, ratusan peminat beliau sanggup membayar sejumlah besar wang untuk mitos lagenda hedonis itu.
Beberapa barangan daripada koleksi peribadi mendiang -daripada mesin taipnya sehingga isu pertama majalah ikoniknya yang menampilkan Marilyn Monroe- dilelong di Los Angeles dalam jualan selama dua hari yang berakhir pada hari Sabtu.
Mesin taip yang digunakan Hefner di universiti dan menulis salinan untuk isu debut tahun 1953 Playboy, dijual dengan harga ASD162,500. Salinan peribadunya itu pula dijual dengan harga ASD31,250, menurut Julien, organinasi yang menganjurkan lelongan itu.
Pengumpul yang beruntung tidak lama lagi bergaya seperti Hefner, dengan salah satu jaket rokok sutera merah yang dijual dengan harga ASD41,600, dan “Cincin Viagra”, barangan emas 14-karat dan cincin onyx yang menyembunyikan pil biru kecil dengan harga ASD22,400.
Jaket motosikal, limusin, peti muzik yang dikendalikan dengan duit syiling, meja dari Istana Playboy, sehingga bintang Walk of Fame Hollywood Hefner, antara termasuk barangan untuk dijual. – AFP, 2 Disember, 2018.
Komen