PENYANYI terkenal Beyonce akan mengetuai barisan bintang-bintang termasuk Ed Sheeran, Jay-Z dan Usher di Johannesburg pada hari Ahad sempena konsert penghargaan kepada mendiang Nelson Mandela.
Konsert ini adalah program kemuncak menyambut kelahiran Mandela pada tahun 1918, dan merupakan sebahagian daripada kempen untuk menangani kemiskinan, kekurangan zat makanan kanak-kanak dan bagi kesedaran kesetaraan jantina.
Pesta Rakyat Global tahun ini akan diadakan di stadium FNB yang berkapasiti 94,736 di Johannesburg yang akan bermula pada pukul 12 tengahari.
Ribuan peminat muzik, diberikan tiket percuma sebagai balasan untuk aktiviti aktivisme dan kempen, mereka mula berkumpul untuk sejam sebelum pertunjukan itu bermula.
“Saya sangat teruja untuk menyaksikan Beyonce dan sekumpulan artis-artis terkemuka di sini yang akan datang ke Afrika Selatan bagi mempersembahkan nyanyian mereka. Ia adalah baik bagi memperingati nilai-nilai yang Mandela tunjukkan,” kata Ano Shonhiwa, 23, ketika beliau berjalan ke tapak konsert.
Menjelang konsert yang akan dihos Oprah Winfrey, bagi acara itu, beliau memuji “kebaikan dan integriti” yang dimiliki Mandela, menggambarkannya sebagai “mentor kesukaannya”.
Mandela dipenjarakan di bawah rejim aparteid Afrika Selatan. Selepas dibebaskan pada tahun 1990, beliau mengetuai transformasi negara menjadi sebuah negara demokrasi berbilang kaum. Beliau meninggal dunia pada 5 Disember 2013 ketika berumur 95 tahun. – AFP, 2 Disember, 2018.
Komen