Slogan 'Sieg Heil' berdengung, polis Jerman tutup konsert 


Jerman mengharamkan sebarang slogan era Nazi Jerman diungkapkan di negara itu. – Gambar EPA, 2 Disember, 2018.

POLIS Jerman pada hujung minggu ini menutup konsert rock yang diadakan di sebuah bandar kecil, setelah ahli-ahli kumpulan itu mula melancarkan slogan Nazi yang menyalahi undang-undang “Sieg Heil”.

Konsert itu, yang berlangsung di Ostritz, Saxony pada hari Sabtu, menampilkan dua kumpulan dari “sayap kanan” dan telah menarik “beberapa ratus” penonton, kata polis Goerlitz dalam satu kenyataan.

Pegawai yang ditempatkan di luar konsert mula campur tangan selepas mendengar teriakan “Sieg Heil” (Victory Hail) yang datang dari dalam konsert berkeanaan pada pukul 11.20 malam . Pertunjukan itu dihentikan dan bangunan itu dikosongkan sejurus selepas jam 1 pagi.

Beberapa saksi juga melaporkan mendengar teriakan slogan itu.

Pihak berkuasa Persekutuan kini membuka satu siasatan mengenai konsert itu, tambah polis Goerlitz.

Di bawah undang-undang Jerman, menggunakan slogan era Nazi atau memaparkan secara terbuka swastika dan simbol-simbol Nazi yang lain adalah satu perbuatan haram.

Pekan Ostritz, yang berdekatan sempadan Poland, sering menganjurkan konsert yang kontroversial.

April lalu, beratus-ratus ahli kumpulan neo-Nazi berkumpul di bandar terpencil itu untuk merayak hari lahir Hitler. – AFP, 2 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen