Benjamin Netanyahu nafi terlibat rasuah


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa pengesyoran itu bocor sebelum siasatan bermula. – Gambar EPA, 2 Disember, 2018

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu menafikan tuduhan rasuah terhadapnya dan isteri selepas polis mengesyorkan pendakwaan mereka dalam siasatan rasuah pada Ahad. 

“Pengesyoran ini ditentukan dan bocor sebelum siasatan bermula,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan selepas pengesyoran ketiga pendakwaan terhadapnya sejak beberapa bulan lalu. 

“Saya yakin dalam kes ini, pihak berkuasa yang relevan, selepas mengkaji isu, akan mencapai konklusi yang sama: yang mana tiada apa-apa kerana memang tiada apa-apa. – AFP, 2 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen