Ribuan umat Islam banjiri Jakarta


Kira-kira 100,000 umat Islam berpakaian putih dan membawa bendera Islamik berhimpun di Jakarta hari ini.– Gambar EPA, 2 Disember, 2018

SEKITAR 100,000 orang berarak di ibu negara Indonesia pada Ahad menandakan dua tahun sejak demonstrasi yang membawa kepada kejatuhan bekas gabenor Jakarta, sebagai calon presiden berusaha untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum negara itu tahun depan. 

Bekas gabenor Basuki Tjahaja Purnama dipecat dan kemudian dipenjara selama dua tahun kerana menimbulkan fitnah berikutan bantahan 2016, dalam kes yang dilihat sebagai contoh peningkatan ketegangan agama di Indonesia yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Indonesia, yang merupakan negara paling ramai umat Islam menyaksikan reputasinya semakin terhakis berikutan peningkatan serangan terhadap minoriti. 

Seramai 23,000 anggota keselamatan dikerah untuk memantau perhimpunan berkenaan, kata jurucakap polis Indonesia Argo Yuwono kepada AFP. 

Peserta perhimpunan berkenaan yang kebanyakannya mengenakan pakaian berwarna putih dan membawa bendera Islamik, berkumpul di Monumen Nasional, yang mana bekas calon presiden Prabowo Subianto berucap. 

Subianto menyokong perhimpunan yang membawa kepada kejatuhan Purnama pada Disember 2016 dan menurut penganalisis, perhimpunan itu bermotif politik bagi meningkatkan sokongan untuk peluang memenangi pilihan raya presiden yang dijadualkan pada April.

Beliau akan berdepan dengan Presiden Joko Widodo, yang memilih Ma’ruf Amin sebagai calon naib presidennya. 

Widodo turut menyokong perhimpunan 2016, yang juga dikenali sebagai “demonstrasi 212” sempena tarikh ia diadakan iaitu pada 2 Disember. – AFP, 2 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen