Sembahyang, puasa untuk negara menjelang Merdeka dan Hari Malaysia


Jason Santos Bede Hong

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan bersembahyang dan berdoa untuk kesejahteraan negara walaupun majlis penganut Kristian kini dipandang penuh syak wasangka. – Gambar The Malaysian Insight , 20 Ogos, 2017.

KETIKA majlis penganut Kristian kini dipandang penuh syak wasangka, gereja di Sabah dan Sarawak meneruskan tradisi mereka bersembahyang dan berdoa untuk kesejahteraan negara yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

Penganut Krisitian di Malaysia Timur kini mengadakan sembahyang khas dan berpuasa bagi kesejahteraan negara dan pemimpinnya.

Sembahyang juga diadakan bagi berdoa khusus kepada Sabah dan Sarawak yang mempunyai jumlah orang miskin tertinggi di negara ini, kebanjiran pendatang haram, kebimbangan keselamatan di Pesisir Pantai Timurnya, orang asal yang masih belum memperolehi kad pengenalan dan mereka yang hilang tanah adat tinggalan nenek moyang.

Penganut Kristian juga berdoa untuk pemimpin, untuk tadbir urus negara yang baik dan untuk perpaduan, penghormatan bersama, keamanan dan saling faham memahami antara semua rakyat Malaysia.

Ketua Biskop Kuching, Simon Poh berkata doa untuk kesejahteraan negera sentiasa dipohon penganut Katolik.

“Setiap Ahad, sebahagian daripada massa, ada sembahyang ‘intercessory’ untuk keamanan dunia, untuk kesejahteraan negara, untuk pemimpin kita dan untuk orang yang miskin dan sakit dalam ‘Prayer of the Faithful’,” kata Poh.

Sembahyang “intercessory” adalah sembahyang untuk kebaikan orang lain.

Kristian membentuk 42% populasi Sarawak menurut bancian terkini pada 2015.

Persatuan Gerja Sarawak (ACS) akan mengadakan Majlis Sembahyang Hari Kebangsaan di Christian Ecumenical Worship Centre di Kuching pada 24 Ogos, yang akan dihadiri ribuan penganut Kristian.

Majlis itu akan dimulakan dengan lagu kebangsaan diikuti dengan lagu negeri. Bacaan Bible dan sembahyang akan dilakukan selepas itu dan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Iban dan Bahasa Malaysia.

Dua bulan lepas, pemimpin Kristian di Sarawak dan Sabah mengecam kenyataan dikeluarkan CEO Pusat Penyelidikan dan Penyelidikan Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin dalam Utusan Malaysia yang menggesa undang-undang mengharamkan evangelis Kristian di Malaysia.

Azril berkata pergerakan itu berbahaya dan perlu dikawal kerana ia mengancam keharmonian beragama di Malaysia.

“Justeru, kerajaan perlu menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang anti-evangelicalisme demi memastikan percubaan gerakan evangelical Kristian ini untuk mendominasi dakyah Kristian tidak berlaku,” katanya.

Dua minggu sebelum itu, pemimpin gereja Sarawak membatalkan majlis penganut Kristian, “All Borneo Revival Convocation” di Miri, selepas sebuah kumpulan Melayu membantah majlis serupa, “Jerusalem Jubilee” yang sepatutnya diadakan di Melaka.

Kejadian itu walaubagaimanapun, tidak mengugat penganut Kristian di Sabah yang memulakan sesi bersembahyang dan berpuasa selama 40 hari untuk negara, bermula dari 1 Ogos.

Acara itu bermula sejak tahun 2000 dan merupakan sebahagian daripada aktiviti gereja di negeri itu bagi meraikan bulan kebangsaan yang diselaraskan Commission of Sabah Affairs (Cosa), sebuah pergerakan masyarakat sivil di bawah National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Majlis sembahyang beramai-ramai akan diadakan untuk penganut Kristian yang mengikuti program itu pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Kompleks Sukan Penampang.

Pengerusi Cosa, Pastor Chin Chi Kiong berkata puasa dianggap sebagai satu bentuk sembahyang dan aktiviti kerohanian untuk penganut Kristian.

“Dalam kes ini, penganut Krisitan diminta untuk menderma wang bagi membantu masyarakat,” katanya.

Setiap tahun, sebuah buku panduan akan diterbitkan untuk membantu mereka yang mengikuti program 40 hari anjuran Cosa itu.

“Pada Ahad atau ketika majlis sembahyang lain di gereja, penganut akan bersembahyang dan berdoa untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia dan negara ini.

Gereja Sabah memang dikenali kerana pandangan terus terangnya dalam pelbagai isu negara.

Pada 2013 gereja mengetuai penganutnya untuk bersembahyang berkaitan isu penggunaan kalimah “Allah” dan Islamisasi yang menyebabkan ramai penganut Kristian negara ini tidak gembira.

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak membentuk dua pertiga daripada 2.617 juta penganut Kristian seluruh negara. – 20 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen