MCA akui harus dipersalahkan kerana kalah PRU14


Jason Santos

Presidennya, Wee Ka Siong berkata antara punca kekalahan besar MCA pada pilihan raya umum 9 Mei lepas adalah dari kelemahan parti itu sendiri yang tidak berusaha keras meskipun menyedari banyak kelemahan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Disember, 2018.

MCA hari ini mengakui ketidakseimbangan kuasa dalam Barisan Nasional (BN), ditambah pula dengan pemimpin yang tiada integriti dan angkuh terutamanya yang memegang kuasa menyebabkan ia ia gagal mendengar denyut nadi rakyat dan hilang sentuhan dengan masyarakat Cina ketika berada dalam gabungan itu.

Presidennya, Wee Ka Siong berkata antara punca kekalahan besar MCA pada pilihan raya umum 9 Mei lepas adalah dari kelemahan parti itu sendiri yang tidak berusaha keras meskipun menyedari banyak kelemahan.

“Kita gagal mendengar denyut nadi rakyat dan akibatnya, hilang sentuhan dengan masyarakat Cina dan generasi muda.

“Oleh kerana itu, pengundi memberitahu kita dengan jelas menerusi undi. Kita perlu terima keputusan mereka, perlu dengar dan kita harus fikirkan kesilapan kita,” katanya pada mesyuarat agung tahunan ke-65 parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Wee, MCA kini berpeluang untuk bangkit semula dan membiarkan ahli menentukan apakah perubahan yang perlu parti ambil.

“Adakah kita perlu aktif dalam arena politik? Apakah kita perlu menerima kritikan dengan hati terbuka? Perlukah kita menjadi parti yang muda dan bertenaga? Ini situasi penentu.

“Tindakan kita akan menentukan kedudukan MCA di masa depan. Kalau kita pasif, MCA akan jadi pasif. Sekiranya kita berusaha untuk berkembang, MCA akan dihudupkan semula.

“Setiap seorang daripada kita memegang pena, menulis nasib MCA. Kalau kita mahu ada peranan di dalamnya, kita perlu bangkit dan proaktif,” katanya. – 2 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen