Konsulat AS di Guadalajara, Mexico diserang


Serangan tersebut berlaku sebelum Pence dan anak perempuan Presiden AS Donald Trump terbang ke Mexico City pada pagi semalam untuk menyertai delegasi AS menghadiri pelantikan Presiden Mexico baharu, Andres Manuel Lopez Obrador. – Gambar AFP, 2 Disember, 2018.

KONSULAT Amerika Syarikat (AS) di bandar Guadalajara, Mexico, diserang dengan bahan letupan beberapa jam sebelum Naib Presiden Mike Pence dan Ivanka Trump, kata pihak berkuasa semalam.

Letupan pada Jumaat itu merosakkan dinding, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa persekutuan, yang akan memaklumkan perkembangan dari masa ke semasa,” kata pendakwa raya di Jalisco, di Twitter.

Serangan tersebut berlaku sebelum Pence dan anak perempuan Presiden AS Donald Trump terbang ke Mexico City pada pagi semalam untuk menyertai delegasi AS menghadiri pelantikan Presiden Mexico baharu, Andres Manuel Lopez Obrador.

Sumber pihak pendakwaan berkata seseorang melontar peledak ke dalam bangunan konsulat itu dan kemudian melarikan diri. Kejadian itu dirakam oleh kamera keselamatan. Suspek berjaya melepaskan diri walaupun bangunan itu dikawal ketat.

Melalui video dalam talian baru-baru ini, sebuah organisasi dadah, Jalisco New Generation Cartel telah mengancam untuk menyerang konsulat AS.

Kartel itu merupakan satu kumpulan yang ganas dan terbesar di Mexico dan menjadi sasaran utama operasi anti dadah AS. – AFP, 2 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen