5 maut dalam serangan bom di Burkina Faso 


Anggota pasukan keselamatan menyiasat kejadian serangan bom yang menyebabkan 4 anggota polis terbunuh termasuk seorang orang awam di Burkina Faso.– Gambar EPA, 1 Disember, 2018

LIMA orang, empat daripadanya adalah anggota polis, terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki terlanggar bom buatan sendiri di Burkina Faso, kata pihak keselamatan pada Sabtu. 

Serangan itu berlaku di timur pekan Boungou, yang terletak di wilayah bergolak sejak beberapa bulan lalu. 

“Kenderaan polis yang mengiringi misi terkena bom buatan di Boungou, membunuh empat anggota polis,” menurut sumber, tanpa menyatakan secara spesifik siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan itu. 

Pasukan polis mengiringi pekerja lombong emas tempatan, tambah sumber berkenaan. 

Satu lagi sumber pasukan keselamatan memberitahu AFP, orang awam turut terbunuh dalam letupan itu. 

Burkina Faso berdepan serangan kumpulan militan sejak tiga tahun lalu, bermula di utara negara berkenaan dan kini merebak ke timur, berhampiran sempadan Togo dan Benin. – AFP, 1 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen