GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.6 pada Skala Richter melanda Laut Banda pada pukul 9.27 malam waktu Malaysia, hari ini.
Pusat gempa itu terletak 440 km selatan dari Ambon, Indonesia, kata kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 1 Disember, 2018
Komen