Suu Kyi gesa keamanan, hentikan konflik antara komuniti


Dalam ucaptama beliau pada pertemuan antarabangsa anjuran sebuah kumpulan berkaitan Unification Church, pemenang hadiah Nobel Keamanan itu bagaimanapun langsung tidak menyebut mengenai krisis Rohingya, krisis yang menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjalankan siasatan genosid. – Gambar EPA, 1 Disember, 2018.

PEMIMPIN Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang menerima kritikan antarabangsa ekoran tindakan keras negaranya terhadap orang Islam Rohingya, menggesa kepada keamanan untuk menghentikan konflik antara komuniti di dunia.

Dalam ucaptama beliau pada pertemuan antarabangsa anjuran sebuah kumpulan berkaitan Unification Church, pemenang hadiah Nobel Keamanan itu bagaimanapun langsung tidak menyebut mengenai krisis Rohingya, krisis yang menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan genosid.

Suu kyi menggesa kerjasama antara negara dalam mencari keamanan dan kesejahteraan bersama.

“Hanya dengan mempromosikan budaya keamanan di dunia kesalingbergantungan ini, barulah keharmonian antara negara dan masyarakat yang pelbagai dapat dicapai,” katanya.

Suu Kyi yang merupakan penasihat negara (state counsellor) Myanmar, iaitu satu jawatan yang setara dengan perdana menteri, dikritik hebat sejak Myanmar melancarkan serangan ketenteraan terhadap etnik Rohingya pada Ogos 2017.

Lebih 700,000 Rohingya melarikan diri dari Rakhine, Myanmar ke Bangladesh. 

Tentera Myanmar menegaskan serangan hanya disasarkan kepada militan Rohingya, manakala Suu Kyi terus menafikan semua kritikan terhadap beliau. – AFP, 1 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen