Seorang terbunuh, dua cedera dalam nahas helikopter di Korea Selatan


Helikopter pemadam kebakaran Korea Selatan sedang menjalankan operasi memdam kebakaran di kawasan bukit berhampiran sebelum terhempas.– Gambar EPA, 1 Disember, 2018

SEBUAH helikopter pemadam kebakaran Korea Selatan terhempas di sebatang sungai di Seoul pada Sabtu menyebabkan seorang terkorban manakala dua lagi cedera, kata pihak berkuasa penyelamat. 

Helikopter terbabit berlegar di Sungai Han di timur Seoul untuk mengisi air ke dalam tangkinya ketika ia terhempas, menurut pihak berkuasa. 

Helikopter terbabit sedang menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di kawasan bukit berdekatan. 

Dua juruterbangnya cedera namun mekaniknya terbunuh. 

Kebakaran hutan di Gunung Yeongchuk kini semakin terkawal. 

Polis berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Dua mangsa masih menerima rawatan jadi sukar untuk mendapatkan keterangan mereka buat masa ini, kata polis menurut laporan agens berita Yonhap. – AFP, 1 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen