Anwar selesai masalah pimpinan PKR Sabah pertengahan Disember, kata sumber


Jason Santos

Sumber itu juga berkata Presiden PKR Anwar Ibrahim mungkin akan tiba di Sabah pada pertengahan bulan ini dan akan mengadakan mesyuarat dengan 26 cabang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2018.

PEREBUATAN kuasa dalam kepimpinan PKR Sabah hanya akan tamat apabila Presiden parti, Anwar Ibrahim datang ke negeri itu, berkemungkinan pada pertengahan bulan ini.

Ahli Parlimen Port Dickson dijangka akan menyelesaikan masalah yang melanda PKR susulan kekecohan dalam pemilihan parti pada bulan lepas, tidak lama lagi.

“Beliau baru balik dari Turki dua hari lepas, kemudian terus menjelajah ke setiap negeri untuk melantik pimimpinan negeri.

“Bermula di Semenanjung, kemudian ke Sabah dan akhirnya Sarawak,” kata pemimpin Pemuda PKR Sabah yang enggan namanya didedahkan.

Sumber itu juga berkata Anwar mungkin akan tiba di Sabah pada pertengahan bulan ini dan akan mengadakan mesyuarat dengan 26 cabang.

PKR Sabah mempunyai 25 cabang, dan ditambah Labuan tidak lama lagi.

Kumpulan yang menyokong Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dikatakan akan mengambil alih jawatan ketua PKR negeri.

Ketika ini, PKR Sabah diketuai oleh Christina Liew, salah seorang penyokong Rafizi Ramli yang mencabar Azmin bagi jawatan nombor dua parti pada pemilihan baru-baru ini.

Menurut sumber itu lagi, pada pertemuan itu nanti, Anwar akan bertanya kepada ketua-ketua cabang mengenai ketua baru pilihan mereka. – 1 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen