PRESIDEN Venezuela Nicolas Maduro pada hari Khamis mengumumkan peningkatan gaji minimum Venezuela sebanyak 150 peratus.
Ia adalah penyesuaian keenam tahun ini, sebagai sebahagian daripada rancangan pembaharuan ekonomi yang dilihat masih gagal membendung inflasi di negara itu.
Pengumuman itu muncul tiga bulan selepas kenaikan gaji 3,400 peratus dan penurunan nilai yang menghilangkan lima angka kosong dari mata wang Venezuela.
Langkah terbaru itu menyebabkan gaji bulanan minimum meningkat dari 1,800 hingga 4,500 bolivars, atau kira-kira ASD50 pada kadar rasmi.
Tetapi disebabkan inflasi -yang merosot hingga 1,350,000 peratus tahun ini menurut Tabung Kewangan Antarabangsa - jumlah tersebut tidak mampu membeli tiga kilogram daging.
Maduro menyeru penyesuaian semula “faktor pembetulan” pertama pelan ekonomi yang berkuat kuasa sejak akhir bulan Ogos, yang termasuk menurunkan nilai mata wang bolivar lebih daripada 96 peratus sejajar dengan kenaikan cukai.
Peningkatan harga petrol, yang kini rendah, juga merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang dijangka akan dilaksanakan tetapi masih belum rasmi berkuatkuasa.
Maduro mengatakan pembaharuannya telah membenarkan “kelembapan yang ketara dalam inflasi”- walaupun mengakui ia “masih di tahap yang membimbangkan.” – AFP, 30 November, 2018.
Komen