KEPUTUSAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk membatalkan rundingan bersama Presiden Rusia Vladimir Putin pada sidang kemuncak G20 amat dikesali, kata pegawai di Kremlin.
“Kami menyesali keputusan pentadbiran AS untuk membatalkan mesyuarat itu,” kata jurucakap Putin Dmitry Peskov kepada agensi berita Rusia.
“Ini bermakna perbincangan isu-isu penting mengenai agenda antarabangsa dan hubungan dua hala akan ditangguhkan selama-lamanya.”
Putin, menurut kenyataan itu “sudah bersedia untuk mengadakan hubungan dengan rakan Amerikanya.”
Trump semalam membatalkan mesyuarat itu ekoran rampasan tiga kapal Ukraine oleh Moscow dan penahanan sekumpulan pelayar Ukraine.
Kedua-dua pemimpin itu direncana akan mengadakan perbincangan dua hala pada hari Sabtu di sidang kemuncak G20 di Buenos Aires. – AFP, 30 November, 2018.
Komen