Gabenor Rio de Janeiro terlibat rasuah ditahan


Gabenor Rio de Janeiro, Luiz Fernando Pezao (tengah) dituduh menerima rasuah ketika menjadi naib gabenor di bawah pentadbiran kerajaan Sergio Cabral, yang kini dipenjara kerana terbabit jenayah sama. – Gambar EPA, 30 November, 2018.

GABENOR Rio de Janeiro, Luiz Fernando Pezao, ditahan pada Khamis atas tuduhan menerima rasuah, memetik media Brazil.

Rakaman yang disiarkan saluran televisyen Globo News menunjukkan polis persekutuan berada di kediaman gabenor itu dan kini beliau dalam tahanan rumah.

Pezao dituduh menerima rasuah ketika menjadi naib gabenor di bawah pentadbiran kerajaan Sergio Cabral, yang kini dipenjara kerana terbabit jenayah sama.  

Mahkamah Agung mengeluarkan waran tangkap selepas bekas rakan subahat Cabral, Carlos Miranda.

Miranda mendedahkan, Pezao menerima bayaran bulanan 150.000 reais (AS$40,000) serta bonus akhir tahun bernilai hingga sejuta reais yang akan dibayar syarikat yang menerima kontrak dengan kerajaan Rio de Janeiro.

Pezao turut didakwa menerima habuan dari tabung awam sebagai pertukaran memberikan sokongan politik kepada anggota organisasi jenayah. – Bernama, 30 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen