China arah henti eksperimen ubah genetik bayi


Eksperimen itu yang diketuai oleh saintis tempatan He Jiankui mendakwa berjaya mengubah DNA bayi kembar perempuan beberapa minggu lalu untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan HIV. – Gambar AFP, 29 November, 2018.

KEMENTERIAN Sains China mengarahkan pihak yang terlibat dalam eksperimen mengubah genetik bayi agar menghentikan aktiviti tersebut.

Stesen televisyen rasmi CCTV melaporkan, kementerian itu tegas membantah insiden tersebut dan sudah mengarahkan organisasi yang terlibat untuk menggantung aktiviti saintifik itu.

Eksperimen itu yang diketuai oleh saintis tempatan He Jiankui mendakwa berjaya mengubah DNA bayi kembar perempuan beberapa minggu lalu untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan HIV.

Suruhanjaya Kesihatan Negara masih menyiasat dakwaan tersebut.

Pelaksanaan eksperimen itu secara jelas melanggar undang-undang China dan etika perubatan negara itu.

Malah eksperimen itu turut mengundang kritikan antarabangsa dan komuniti saintifik domestik yang melabelkan ia sebagai tidak matang dan berbahaya. – AFP, 29 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen