Israel tahan 10 pejuang Palestin


Tentera Israel berkata penahanan itu adalah sebahagian daripada serbuan malam yang dilakukan oleh tentera Israel di seluruh Tebing Barat, dengan alasan atas faktor keselamatan. Penahanan itu adalah sebahagian daripada serbuan malam yang dilakukan oleh tentera Israel di seluruh Tebing Barat, dengan alasan atas faktor keselamatan.

TENTERA rejim Israel menahan 10 pejuang Palestin di Tebing Barat semasa melancarkan serbuan di wilayah itu sejak malam tadi, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut satu kenyataan, seorang jurucakap tentera berkata kesemua tahanan disyaki terlibat dalam “aktiviti pengganas, keganasan dan gangguan kekerasan terhadap orang awam serta askar.”

“Sejumlah senjata telah dirampas di bandar Qalqilya di utara Tebing Barat dan bandar Hebron yang terletak di selatan Baitulmaqdis, menurut kenyataan itu.

Penahanan itu adalah sebahagian daripada serbuan malam yang dilakukan oleh tentera Israel di seluruh Tebing Barat, dengan alasan atas faktor keselamatan.

Israel menduduki Tebing Barat semasa Perang Timur Tengah 1967 dan sejak itu telah menguasai kawasan tersebut meskipun berdepan kritikan antarabangsa. – Bernama, 29 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen