MUZIK reggae yang sinonim penyanyi legenda Bob Marley, kini mendapat pengiktarafan tertinggi apabila tersenarai sebagai salah satu khazanah warisan dunia.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) memasukkan muzik reggae yang berasal dari Jamaica itu dalam senarai kebudayaan dunia yang layak untuk dilindungi dan dipromosikan.
Unesco berkata walaupun irama reggae bermula sebagai suara kumpulan terpinggir, tetapi kini ia dimainkan oleh setiap genap lapisan masyarakat termasuk pelbagai kumpulan etnik, jantina dan agama.
Irama itu juga menyumbang kepada haluan antarabangsa berhubung isu ketidakadilan, penentangan, kasih sayang dan kemanusiaan.
Selain reggae, beberapa budaya tradisional lain yang diiktiraf oleh Unesco adalah aktiviti berkuda oleh sekolah menunggang di Vienna, ritual pembiakan unta di Mongolia dan boneka popular Republik Czech.
Jamaica memohon untuk memasukkan reggae dalam senarai itu selepas mengadakan pertemuan dengan agensi PBB itu di pulau Mauritius awal tahun ini.
Terdapat 40 senarai yang dipertimbangkan oleh Unesco termasuk seni jerami dari Bahamas, gusti Korea Selatan, hoki unik Ireland dan pembuatan minyak wangi di Grasse, Perancis. – AFP, 29 November, 2018.
Komen