Tiga polis Filipina bunuh remaja tidak bersenjata dihukum penjara


Penunjuk perasaan membantah pembunuhan Kian Delos Santos oleh polis Filpina ketika melancarkan kempen anti dadah. – Gambar AFP, 29 November, 2018.

TIGA anggota polis Filipina dijatuhi hukuman penjara hari ini atas kesalahan membunuh seorang remaja ketika menyertai operasi memerangi dadah.

Kes itu merupakan yang pertama melibatkan anggota polis sejak Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan perang ke atas dadah apabila memimpin negara itu.

Duterte berikrar untuk memaafkan pihak berkuasa yang terlibat dalam operasi itu tetapi beliau enggan mempertahankan kes pembunuhan Kian Delos Santos pada 2017 yang menyaksikan tunjuk perasaan diadakan bagi membantah kempen beliau.

Polis berkata remaja berusia 17 tahun itu merupakan keldai dadah yang melepaskan tembakan ketika ditahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dua daripada anggota polis terlibat mengheret remaja yang tidak bersenjata itu sebelum menembak mati mangsa.

Keluarga Santos berasa lega apabila mahkamah menjatuhkan hukuman minimum 20 tahun penjara ke atas Ketiga-tiga anggota polis itu.

Sepanjang kempen berlangsung, hampir 5,000 penagih dan pengedar dadah dibunuh oleh polis kerana melawan ketika ditahan. – AFP, 29 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen