AS selar dasar perdagangan China


Dasar industri China yang agresif memudaratkan pekerja dan pengeluar AS dengan teruk, kata wakil perdagangan AS, Robert Lighthizer. – Gambar EPA, 29 November, 2018.

WAKIL perdagangan Amerika Syarikat (AS) Robert Lighthizer pada Rabu menyelar Beijing kerana gagal menawarkan “pembaharuan bermakna” mengenai polisi perdagangan agresif yang menjejaskan pekerja-pekerja dan industri AS, dan mengancam untuk mengenakan cukai ke atas kereta-kereta buatan China.

Ancaman terbaru itu dikeluarkan beberapa hari sebelum Presiden Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin China, Xi Jinping, di sidang kemuncak G20 di Argentina untuk mengurangkan pertelingkahan perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu.

“Dasar industri China yang agresif memudaratkan pekerja dan pengeluar AS dengan teruk. 

“Setakat ini, China masih belum mengusulkan cadangan pembaharuan yang bermakna,” kata Lighthizer.

Polisi China ke atas cukai kereta adalah “sangat teruk”, dengan mengenakan cukai lebih dua kali ganda daripada negara-negara lain terhadap kereta AS.

Trump sudahpun mengenakan cukai punitif ke atas separuh produk China yang diimport ke dalam pasaran AS setiap tahun.

Awal bulan ini, Xi dan Trump membincangkan mengenai pertelingkahan perdagangan antara AS dan China menerusi panggilan telefon yang disifatkan Trum sebagai “sangat baik”.

Xi berkata beliau “sangat gembira” untuk bercakap lagi dengan Trump. – AFP, 29 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen