Presiden Afghanistan namakan pasukan rundingan damai dengan Taliban


Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mahu Taliban bersama berusaha untuk sebauh rundingan damai bagi keamanan negara itu. – Gambar EPA, 28 November, 2018.

PRESIDEN Afghanistan Ashraf Ghani pada hari ini mengumumkan pasukan seramai 12 orang untuk mengadakan rundingan damai dengan Taliban.

Ia diumumkan ketika Pertubuhan Bang-bangsa Bersatu (PBB) baharu sahaja menggesa untuk sebuah rundingan langsung antara Kabul dan militan dijalankan di rantau itu.

Kerajaan Afghanistan, diplomat-diplomat Barat dan pegawai PBB pada beberapa minggu kebelakangan ini menyatakan harapan agar kesepakatan dapat dicapai demi menamatkan pemberontakan 17 tahun Taliban.

Pada sidang antarabangsa mengenai Afghanistan di Geneva, Ghani berkata kerajaannya telah “membentuk pasukan rundingan yang terdiri dari 12 orang, termasuk beberapa orang wanita dan lelaki, dan ia akan diketuai ketua pegawai presiden (Abdul Salam) Rahimi”.

Rahimi, bekas pekerja aktiviti kemanusiaan dan bekas timbalan menteri kewangan Afghanistan, dianggap sebagai pembantu terdekat Ghani.

Presiden itu juga menyatakan apa yang beliau sebut sebagai “pelan hala tuju” bagi rundingan itu dan empat prinsip yang beliau katakan perlu sebagai tulang belakang apa-apa persetujuan.

Ia termasuk menghormati perlembagaan Afghanistan dan penolakan keseluruhan terhadap campurtangan domestik oleh “pengganas” asing dan kumpulan jenayah.

“Kami berusaha untuk sebuah persetujuan damai di mana Taliban Afghanistan akan dimasukkan ke dalam masyarakat yang demokratik dan inklusif,” kata Ghani lagi. – AFP, 28 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen