Wartawan gambar peraih anugerah, ditahan di China


Wilayah kontroversi Xin Jiang menyaksikan beberapa kem tahanan terhadap puak Urumqi yang rata-rata menganut agama Islam. – Gambar EPA, 28 November, 2018.

SEORANG wartawan yang memenangi anugerah dilaporkan hilang di wilayah barat laut Xinjiang awal bulan ini selepas beliau dilaporkan ditahan pihak keselamatan, kata isterinya.

Isteri Lu Guang berkata, beliau tidak dapat menghubungi Lu pada malam 3 November ketika wartawan itu berada di Urumqi, ibukota Xinjiang, sebuah wilayah kontroversi di mana pihak berkuasa dituduh menjalankan rangkaian kem tahanan terhadap penganut Islam di wilayah itu.

Lu, yang tinggal di Amerika Syarikat, melawat rantau ini sebagai pelancong di samping mengajar dan berinteraksi dengan jurugambar tempatan, kata Xu Xiaoli dari New York, tempat pasangan itu menetap.

“Saya tidak lagi mendengar berita baru,” kata Xu kepada AFP. “beliau tidak pernah ke Xinjiang sebelum ini.”

Kedutaan AS di Beijing berkata dalam satu kenyataan kepada AFP bahawa pihak kedutaan “prihatin terhadap laporan penahanan wartawan foto Lu Guang oleh pegawai keselamatan China”.

“Kami mengutuk keras salah laku hak asasi manusia di China,” katanya.

“Kami menyeru kepada China untuk membenarkan semua individu menyatakan pandangan mereka tanpa rasa takut terhadap hukuman dan membiarkan wartawan untuk melakukan kerja mereka tanpa campur tangan,” kata kenyataan itu – 28 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen