MIC tawar mangsa rusuhan kuil bantuan guaman percuma


Zaim Ibrahim

MIC akan memberi bantuan guaman percuma kepada mangsa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya, Selangor, kata timbalan presidennya M Saravanan.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata, MIC menawarkan bantuan guaman itu susulan pengumuman Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin perusuh yang menceroboh pada awal pagi Isnin lalu diupah oleh peguam bagi pihak pemaju.

“Jika benar apa yang diumumkan Menteri KDN (Muhyiddin Yassin) ada samseng yang dibawa syarikat peguam, ini satu kesalahan undang-undang,” kata beliau dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Jelas Saravanan, bantuan guaman percuma itu tidak terhad kepada mangsa yang cedera dalam serangan perusuh awal minggu ini tetapi dipanjangkan juga kepada pihak pengurusan kuil serta mana-mana individu yang ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes ini. – 28 November, 2018.

MENYUSUL


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen