'Skuad Pembunuh' Duterte bangkit kerisauan di Filipina


Duterte mahu menubuhkan satu skuad yang menumpukan perhatian terhadap gerakan militan komunis di Filipina. – Gambar AFP, 28 November, 2018.

KUMPULAK hak asasi membangkitkan rasa bimbang hari ini selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan rancangan beliau untuk mewujudkan satu “skuad pembunuh” menyasarkan suspek-suspek pemberontak komunis.

Kumpulan hak asasi tersebut mengatakan ia akan memburukkan lagi “bala bencana” yang dicetuskan perang dadah yang dipelopori Duterte sebelum ini.

Pertembungan Filipina sejak 50 tahun lalu terhadap militan komunis, salah satu pemberontakan tertua di Asia, adalah permusuhan kerajaan terhadap kumpulan lebih lama sebelum perjuangan Duterte membasmi dadah yang telah membunuh beribu-ribu orang dan menimbulkan kecaman antarabangsa.

Duterte, seperti kerajaan sebelumnya, pada mulanya mengadakan rundingan damai dengan komunis, namun rundingan tersebut ditangguhkan pada tahun lalu ekoran serangan maut terhadap tentera dan polis di Filipina.

Dalam ucapannya pada malam Selasa, beliau menumpukan perhatian dan menyasarkan ucapannya kepada kumpulan pemberontak komunis yang dikenali sebagai “unit sparrow (burung pipit)”.

“Apa yang saya kurang ialah burung pipit saya sendiri, di sini mereka (komunis) mempunyai kelebihan ... Jadi saya akan tubuhkan burung pipit saya sendiri, ‘Skuad pembunuh’ burung pipit Duterte,” kata presiden itu.

“Saya akan lawan mereka bunuh orang,” katanya.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana, pada hari ini berkata, pasukannya akan mengkaji rancangan itu secara “teliti”. Siapa yang akan menyusunnya, mengawasinya, dan siapa yang akan jadi sasaran,” di samping menambah “bahaya penyalahgunaannya”. – AFP, 28 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen