22 maut letupan berhampiran kilang kimia di China


Kemalangan berhampiran Hebei Shenghua Chemical Co di Zhangjiakou, sebuah bandar terletak hampir 200 kilometer dari Beijing juga membakar 50 kenderaan besar dan kecil.

SEBUAH letupan dan kebakaran berhampiran kilang kimia membunuh sekurang-kurangnya 22 orang dan menyebbakan 22 lain cedera di utara China pada Rabu, kata pihak berkuasa.

Kemalangan berhampiran Hebei Shenghua Chemical Co di Zhangjiakou, sebuah bandar terletak hampir 200 kilometer dari Beijing juga membakar 50 kenderaan besar dan kecil, kata Jabatan Propaganda Tempatan menerusi akaun Weibonya.

Mereka yang cedera sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas letupan yang berlaku pada jam 00:41 pagi itu, kata kenyataan.

Sisa trak dan kenderaan yang terbakar masih berada di jalan ketika anggota bomba berusaha mengawal keadaan, menurut gambar yang dimuat naik ke Twitter oleh syarikat penyiaran negara itu, CGTN.

“Misi mencari dan menyelemat serya siasatan punca kemalangan masih dilakukan,” kata kerajaan. – AFP, 28 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen