JACK Ma, pengasas gergasi teknologi China Alibaba, adalah antara orang terkaya di dunia tetapi kini tampil sebagai ahli kelab lain: Parti Komunis yang memiliki jumlah ahli 89 juta orang di China.
Jutawan yang mempunyai keahlian parti Komunis didedahkan oleh akhbar People’s Daily, lidah rasmi parti, dalam sebuah artikel yang memuji penyumbang perkembangan China tersebut.
Beliau bukan individu pertama atau kapitalis kaya China yang terakhir menyertai parti tersebut. Ia juga mengumpul keahlian taikun besar Xu Jiayin dan pengasas Wanda Group Wang Jianlin di kalangan ahlinya yang bergelar jutawan.
Bagaimanapun keanggotaan Ma tidak diketahui secara meluas sehingga kini, sebagai hartawan terkaya Chinam beliau sebelum ini lebih selesa untuk menjarakkan diri daripada politik.
Dalam artikel hari Isnin, akhbar People’s Daily mengatakan Ma adalah ahli parti yang telah memainkan peranan penting dalam mendorong inisiatif prasarana perdagangan global Belt dan Jalan China - projek utama Presiden Xi Jinping.
Beliau juga turut dikenali sebagai salah seorang “pembina sosialisme yang luar biasa dengan ciri-ciri China di Wilayah Zhejiang”, di mana Alibaba diasaskan, kata harian itu. – 27 November, 2018.
Komen