Polis Turki geledah kediaman rakan putera Saudi


Kediaman milik Mohammed Ahmed al-Fawzan digeladah oleh pasukan penyiasat Turki. – Gambar YouTube, 27 November, 2018

POLIS Turki melakukan pencarian sisa mayat wartawan Jamal Khashoggi  di salah sebuah vila milik rakan Putera Arab Saudi Mohammed bin Salman, lapor media tempatan hari ini.

Dalam operasi yang dilancarkan semalam itu, pasukan penyiasat menggunakan anjing pengesan dan dron di rumah ahli perniagaan Arab Saudi itu.

Operasi itu berjalan selama 10 jam di kediaman yang terletak di wilayah Yalova, lapor akhbar Hurriyet.

Pasukan itu turut memeriksa tiga perigi di kawasan taman vila itu.

Sementara itu, agensi berita DHA mendakwa bangunan itu dibina secara haram.

Kediaman itu merupakan milik Mohammed Ahmed al-Fawzan yang membeli tanah tersebut dan membinanya pada 2014.

Hurriyet mendakwa Fawzan merupakan rakan baik Putera Mohammed.

Dalam satu video yang disiarkan menerusi laman web akhbar itu, kelihatan gambar putera tersebut digantung pada dinding vila itu.

Satu lagi operasi pencarian dilakukan di kediaman milik ahli perniagaan bernama Omary Tourism Gida.

Khashoggi, dipercayai dibunuh dan mayatnya dikerah oleh pasukan elit Arab Saudi ketika mangsa mengunjungi kedutaan negara itu di Arab Saudi pada 2 Oktober lalu. – 27 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen