KOREA Selatan dan Korea Utara akan mengadakan lawatan tapak untuk menyambung semula projek pembinaan keretapi rentas sempadan yang tertangguh sebelum ini.
Projek itu disambung semula susulan perjanjian yang dicapai pada sidang kemuncak yang berlangsung pada April, proses itu dijangka mengambil masa tiga minggu untuk diselesaikan, kata pegawai pada Selasa.
Kedua-dua pihak kini dalam perundingan untuk memastikan lawatan ke tapak projek itu berjalan lancar.
Projek kereta api rentas sempadan itu membabitkan laluan di sempadan barat Gyeongui dan timur Donghae, sebagai usaha memodenkan dan menghubungkan sistem pengangkutan kedua-dua negara, lapor agensi berita Yonhap.
Jika tinjauan berjaya seperti dirancang, majlis pecah tanah akan dijalankan pada tahun ini mengikut persetujuan yang dicapai semasa sidang kemuncak September.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberikan pengecualian sekatan pada hujung minggu, membolehkan tinjauan bersama dijalankan di seluruh sempadan.
Namun, kerja-kerja pembinaan sebenar tidak dapat dimulakan selagi sekatan antarabangsa tidak ditarik balik. – Bernama, 27 November, 2018.
Komen