Presiden Brazil lantik bekas anggota tentera dalam Kabinet


Presiden Brazil Jair Bolsonaro melantik bekas tentera Jeneral Carlos Alberto dos Santos Cruz sebagai menteri bertanggungjawab menjaga hubungan politik dengan Kongres. – Gambar EPA, 27 November, 2018.

PRESIDEN Brazil Jair Bolsonaro melantik bekas tentera Jeneral Carlos Alberto dos Santos Cruz sebagai menteri bertanggungjawab menjaga hubungan politik dengan Kongres.

Sejak dipilih sebagai presiden beliau melantik lima anggota tentera dalam barisan Kabinetnya.

Bolsonaro, yang juga bekas kapten tentera menceburi arena politik dan berikrar memerangi rasuah serta keganasan yang semakin meningkat.

Beliau mengumumkan pelantikan itu pada Isnin menerusi Twitter.

Sementara itu, bekas hakim Sergio Moro pula dilantik menjadi penyelaras pasukan polis persekutuan dan negeri untuk memerangi jenayah terancang di samping bagi melengahkan kemunculan kumpulan geng dadah yang menguasai kebanyakan bandar di Brazil.

Barisan Kabinet dalam kalangan bekas dan yang masih menjadi anggota tentera menimbulkan kebimbangan rakyat kerana ia mungkin akan mengembalikan era pemerintahan tentera.

Bolsonaro mengambil alih jawatan pada 1 Januari. – Bernama, 27 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen