JANGAN dengar kepada mereka yang menyebarkan berita-berita palsu yang mengatakan ekonomi Malaysia semakin semakin merosot kerana menurut Bank Dunia kita sedang berkembang, kata Perdana Menteri Najib Razak.
Najib berkata kedua-dua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah “meningkatkan ramalan mereka bagi pertumbuhan” dalam ekonomi Malaysia dan ia “dijangka meningkat lagi pada tahun depan”.
“Jadi, jangan dengar kepada mereka yang menyebarkan berita palsu tentang Malaysia. Sebenarnya, sebagaimana laporan terkini Bank Dunia menyimpulkan, dan saya petik ‘Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari sudut kekuatan’,” kata Najib ketika ucaptamanya di 63rd MAster Builders Association Malaysia (MBAM) di Petaling Jaya malam ini.
Najib juga berkata Malaysia telah mengatasi jangkaan pertumbuhan pada suku pertama 2017 iaitu 5.6%.
“Dan hari ini diumumkan bahawa pada suku kedua, kita telah mengatasi semua jangkaan dengan pertumbuhan sebanyak 5.8%.
“Dan baru semalam, Fitch Rating menegaskan panrafan negara kita dengan Stable Outlook, memetik pertumbuhan KDNK kita yang kukuh, mempertahankan lebihan akaun semasa dan kedudukan pemiutang luaran bersih negara sebagai pemacu utama,” katanya.
Najib turut mengucapkan tahniah kepada kontraktor Malaysia kerana berjaya mendapatkan projek-projek besar di luar negara dan berkata ini membuktikan kontraktor Malaysia mempunyai kemampuan yang lebih.
“Sehingga Mac 2017, kontraktor Malaysia memperoleh projek bernilai lebih daripada RM18.5 bilion di India, RM16.6 bilion di negara-negara Asean dan RM12.4 bilion di Arab Saudi,” katanya.
Tambah Najib, projek-projek pembinaan seperti Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan menjadi ‘game changer’ bagi negara dan akan menjamin 30% penglibatan untuk kontraktor tempatan.
“Daripada kontrak bernilai RM21 bilion untuk Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang baru dibuka, sebanyak RM17 bilion diberikan kepada firma-firma Malaysia.
“Dan bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, sebanyak RM26.7 bilion daripada RM30 bilion diberikan kepada kontaktor Malaysia,” katanya. – 18 Ogos, 2017.
Komen