Perancis tahan pekerja Senat merisik untuk Korea Utara


Benoit Quennedey, seorang penjawat awam bekerja dalam sektor hartanah Senat ditahan pada Ahad. – Gambar EPA, 27 November, 2018.

SEORANG penjawat awam Senat ditahan agensi perisikan kerana dipercayai merisik untuk Korea Utara, kata sumber kehakiman Perancis semalam.

Benoit Quennedey, seorang penjawat awam bekerja dalam sektor hartanah Senat ditahan pada Ahad.

Pendakwa raya Perancis sedang menyiasatnya berkaitan “pengumpulan dan penghantaran maklumat kepada kuasa asing yang dipercayai mengugat kepentingan asas negara,” kata sumber kehakiman.

Penyiasat daripada agensi perisikan dalam negara Perancis, DGSI, sedang meneliti sama ada Quennedey “menyediakan” maklumat kepada Pyongyang, kata sumber.

Pendengaran kes akan bermula pada Mac.

Pejabatnya di Senat sudah diserbu, menurut program harian Quotidien.

Presiden dewan tinggi Parlimen enggan memberikan ulasan laporan tersebut. – AFP, 27 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen