BEKAS pengerusi Bersih Sabah Jannie Lasimbang diperintahkan untuk membela diri selepas rayuan terhadap peranannya menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dibenarkan mahkamah hari ini.
Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jin Kie mengetepikan pembebasannya atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman, selepas menimbulkan keraguan munasabah terhadap istilah “pemilikan” ke atas tempat yang dipilih untuk perhimpunan pada tahun lepas.
“Saya dapati cabaran pemilikan membingungkan yang Dewan Bandaraya (DBKK) bukan pemilik ‘taman’ tersebut.”
Walaupun melalui terma “pemilik” tidak ditakrifkan di bawah akta itu, namun di bawah undang-undang kerajaan tempatan , pihak berkuasa dan kawalan, juga penjagaan tempat-tempat awam terletak di bawah majlis tempatan, lembaga bandaran atau majlis perbandaran, maka persetujuan pengesahan diperlukan daripada datuk bandar Dewan Bandaraya, katanya.
Yew berkata Lasimbang sepatutnya mengeluarkan surat persetujuan daripada pemilik sebelum meneruskan perhimpunan.
Tiada pertuduhan tambahan dikenakan terhadap Lasimbang.
Lasimbang dibebaskan daripada empat pertuduhan atas perananannya sebagai pengerusi Bersih yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 tanpa permit di taman awam Tanjung Lipat pada 29 dan 30 0gos 2015.
Lasimbang kemudian berkata keputusan hakim itu tidak adil.
“Di bawah undang-undang tempatan, taman awam ditadbir oleh kerajaan tempatan bagi pihak orang awam.” – 18 Ogos, 2017.
Komen