Tunisia rancang protes lawatan putera mahkota Saudi


Putera Mahkota Saudi Mohamamed Salman kini berdepan kritikan antarabangsa ekoran pembuuhan wartawan Jamal Khashoggi. – Gambar EPA, 26 November, 2018.

BEBERAPA kesatuan di Tunisia dan kumpulan masyarakat sivil menyeru protes pada hari Isnin terhadap lawatan yang dirancang Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman, berikutan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Presiden Tunisia mengatakan pemerintah Saudi itu akan melawat negara Afrika Utara selama beberapa jam pada hari Selasa sebagai sebahagian daripada lawatan serantau, tanpa memberikan butiran mengenai program tersebut.

Demonstrasi dirancang pada hari Isnin pukul 5 petang di ibu negara Tunis, yang dianjurkan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Tunisia dan beberapa NGO dan organisasi masyarakat.

Bantahan lain turut dianjurkan badan pelajar yang dirancang diadakan pada hari Selasa pagi di Tunis dan bandar Sfax.

Arab Saudi kini berdepan kritikan global yang hangat terhadap pembunuhan Khashoggi di Istanbul pada 2 Oktober.

Beliau dilaporkan diceraikan tubuh dalam apa yang dikatakan Arab Saudi sebagai pembunuhan “ganas”, namun analisis CIA membocorkan kepada media AS menyalahkan putera mahkota itu.

“Tidak untuk penodaan di Tunisia, ini negara revolusi” kata  sepanduk besar yang dipaparkan pada hujung minggu di kesatuan wartawan, yang menggambarkan seorang lelaki dalam pakaian tradisional Saudi memegang gergaji dengan punggungnya ke kamera.

Dalam surat terbuka kepada presiden Tunisia, kesatuan wartawan membantah “lawatan putera mahkota Saudi, yang merupakan bahaya bagi keselamatan dan keamanan rantau dan dunia, dan ancaman nyata terhadap kebebasan bersuara”.

Ketibaannya, kesatuan itu berkata, “akan menjadi pelanggaran terhadap prinsip prinsip revolusi kita”. – AFP, 26 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen