22 anggota polis Afghanistan terbunuh dalam serangan Taliban


Usaha rundingan bersama Taliban bagi mengakhiri kekacauan di Afghanistan kini semakin tegang dengan beberapa siri serangan dari puak militan itu. – Gambar fail AFP, 26 November, 2018.

SEKURANG-kurangnya 22 pegawai polis terbunuh dalam serangan hendap Taliban di barat Afghanistan, kata seorang pegawai kesihatan semalam.

Ia adalah satu lagi pukulan kepada pihak berkuasa Afghanistan yang telah mengumpul rekod kecederaan anggotanya.

Serangan ke atas konvoi polis di wilayah Farah menyaksikan gelombang keganasan di seluruh Afghanistan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk pengeboman bunuh diri di dalam sebuah masjid di pangkalan tentera pada hari Jumaat, dan ini menyebabkan ketegangan dalam usaha meyakinkan Taliban untuk menamatkan perang 17 tahun.

Sekurang-kurangnya dua pegawai polis cedera dalam serangan hendap Ahad, kata Shir Ahmad Weda, pengarah hospital awam di ibu kota wilayah.

Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dalam sebuah mesej WhatsApp, mengatakan 25 polis terbunuh dan empat cedera.

“Empat kenderaan dimusnahkan dan sejumlah besar senjata dirampas,” kata jurucakap militan Qari Yousuf Ahmadi.

Jurucakap polis daerah Mohibullah Mohib berkata konvoi itu telah melakukan perjalanan dari bandar Farah ke daerah Juwain ketika ia diserang.

Mohib meletakkan angka kematian pada lima dengan tujuh lagi cedera. – AFP, 26 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen