Kanak-kanak layari web lucah, kampung di Indonesia tutup WiFi


Laman web lucah dianggap telah merosakkan akhlak kanak-kanak menyebabkan talian internet ditutup di beberapa tempat. – Gambar EPA, 26 November, 2018.

SEBUAH kampung di Indonesia menutup internet tanpa wayar selepas kanak-kanak ditangkap mengakses laman web porno dan tidak pergi ke kelas pengajian Al-Quran, kata pihak berkuasa pada hari Isnin.

Wilayah Aceh -satu-satunya wilayah di negara berpenduduk Islam paling ramai di dunia yang menjalankan undang-undang Islam- telah meletuskan perdebatan hangat ekoran menjalankan hukum sebatan di khalayak ramai terhadap mereka yang didapati bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk homoseksual, perjudian dan minum arak.

Kampung Curee Baroh telah memerintahkan enam buah kafe tempatan menutup perkhidmatan WiFi mereka dengan segera.

Ia terletak di daerah Bireun, yang menjadi tajuk utama tahun ini apabila mengharamkan lelaki dan wanita daripada makan bersama kecuali mereka telah berkahwin atau mempunyai hubungan kekeluargaan.

Pihak berkuasa mempertahankan undang-undang terbaru itu dengan menyifatkan perkhidmatan itu, yang harganya bersamaan dengan 21 sen Amerika bagi penggunaan selama lima jam, merosakkan moral anak-anak tempatan.

“Pada masa lalu, kanak-kanak akan membaca Al-Quran selepas solat malam tetapi sejak WiFi tersedia, mereka melepak di kedai-kedai ini,” kata ketua kampung Helmiadi Mukhtaruddin kepada AFP.

“Mereka mengakses imej lucah dan laman web lain, yang sangat merosakkan moral mereka.”

Kampung yang mempunyai penduduk sebanyak 900 orang itu belum memutuskan hukuman bagi pemilik kafe yang enggan mematuhi perintah tersebut yang diumumkan pada hari Jumaat. – AFP, 26 November, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen