Lebih 700 cedera gempa bumi di Iran


Penduduk Iran keluar dari kediaman masing-masing selepas berlaku gempa bumi dengan ukuran 5.2 magnitud semalam. – Gambar EPA, 26 November, 2018.

LEBIH 700 orang cedera dalam kejadian gempa bumi berskala 6.4-magnitude yang menggegarkan barat Iran, lapor televisyen negara itu hari ini.

Gempa itu melanda wilayah Kermanshah, menurut institut geofizik.

Televisyen nasional memetik perkhidmatan kecemasan berkata 716 orang cedera, tetapi tiada laporan kematian atau kerosakan teruk.

Beberapa imej dinding retak disiarkan di stesen televisyen itu tetapi berkata hanya 33 yang tercedera masih mendapatkan rawatan di hospital.

Gempa bumi awal, kira-kira kedalaman 7km, diikuti dengan beberapa gempa termasuk satu dengan ukuran 5.2 magnitud.

Pada 2003, gempa 6.6-magnitud melanda tenggara negara itu, menyebabkan kerosakan di bandar purba Bam dan menyebabkan sekurang-kurangnya 31,000 terbunuh.

Dalam kejadian terburuk di negara itu, gemba berukuran 7.4-magnitud pada 1990 menyebabkan 40,000 terbunuh di utara Iran, menyebabkan 300,000 cedera manakala setengah juta lagi hilang tempat tinggal. – AFP, 26 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen