BARISAN Nasional (BN) menabur fitnah kononnya ada konspirasi dalam Pakatan Harapan mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, kata Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.
Katanya, dakwaan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Saarani Mohamad adalah satu taktik politik kotor mahu menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan PH.
Semua 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari PH menyokong pimpinan Faizal, kata beliau, yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat.
“Saya tegaskan, tohmahan (ada komplot mahu menjatuhkan MB Perak) adalah tidak benar. Saya yakin 31 Adun PH beri sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri Perak dan Menteri Besar,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
“Fokus kami adalah mengenai bajet (2019 Perak) yang dibentangkan esok, bukannya melayan tohmahan yang tidak benar,” tambahnya. – 26 November, 2018
MENYUSUL LAGI
Komen