Serangan udara sasar kawasan bekalan pemberontak Syria


Serangan udara menyasarkan konvoi bantuan kepada pemberontak di pintu masuk utara ke Hodeida.– Gambar EPA, 25 November, 2018

PAKATAN tentera yang diketuai Arab Saudi meneruskan serangan udara di jaringan bekalan sekitar Hodeida pada Ahad, dua hari selepas wakil Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu melawat bandar pelabuhan itu.

Serangan udara menyasarkan konvoi bantuan kepada pemberontak di pintu masuk utara ke Hodeida dan selatan bandar itu, yang dikuasai pemberontak Huthi, kata seorang pegawai kepada AFP.

Serangan itu juga dilancarkan selepas petemputan di timur dan selatan pinggir bandar itu, kata penduduk kepada AFP.

Keganasan terbaru itu berlaku selepas duta besar PBB, Martin Griffiths melawat Hodeida pada hari Jumaat untuk menilai keadaan kemanusiaan menjelang rundingan damai antara pemerintah yang disokong oleh kerajaan Yaman dan pemberontak yang dijadualkan berlangsung di Sweden pada bulan Disember.

Jurucakap pemberontak Mohammed Abdessalam berkata di Twitter terdapat “35 serangan udara selama 12 jam terakhir di Hodeida, disertai dengan pengeboman meriam”.

Tidak ada laporan korban berikutan serangan udara dan pertempuran itu setakat ini. – AFP, 25 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen