POLIS Israel bertindak menangkap semula gabenor Palestin di Baitulmaqdis kali kedua sejak beberapa bulan, kata jurucakap pada Ahad selepas laporan siasatan berhubung penjualan tanah.
Adnan Gheith ditahan di timur Baitulmaqdis semalam, kata jurucakap polis Micky Rosenfeld dalam satu kenyataan, tanpa memberikan butiran lanjut.
Pasukan keselamatan Israel enggan mengulas dan hanya menyatakan penahanan itu tiada kaitan dengan isu wang.
Gheith akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di mahkamah majistret Baitulmaqdis selepas sehari dan butiran dakwaan terhadapnya akan dikeluarkan selepas itu.
Pada 20 Oktober, Gheith ditahan selama dua hari untuk disoal siasat sebelum dibebaskan, dengan agensi keselamatan Israel Shin Bet berkata ia ada kaitan dengan “aktiviti haram oleh pihak berkuasa Palestin di Baitulmaqdis”.
Beliau juga kerap kali ditahan untuk disoal siasat sejak beberapa minggu lalu dan pejabatnay diserbu pada 4 November. – AFP, 25 November, 2018
Komen