DUA belas orang terbunuh dalam serangan pengganas di utara Mozambique, menyebabkan ribuan penduduk kampung melarikan diri ke Tanzania, kata sumber polis.
Pada Jumaat, berlaku serangan di daerah Nangane, yang mana tiada kawalan keselamatan. Penyerang bertindak membunuh 12 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,” kata sumber polis di wilayah Cabo Delgado, yang enggan dinamakan kepada AFP.
Seragan berlaku di perkampungan Chicuaia Velha, beberapa kilometer dari Tanzania, memaksa ribuan orang menyeberangi sempadan untuk mendapatkan perlindungan, kata polis.
Wartawan tempatan berkata, penduduk kampung dibunuh dengan parang atau mati ketika rumah mereka dibakar oleh penyerang.
Ia merupakan insiden ketiga sejak bulan lalu di Cabo Delgado, yang menyebabkan 20 orang dibunuh. – AFP, 25 November, 2018
Komen